ALL ABOUT REX RABBIT

REX RABBIT

Fakta berkenaan Arnab Rex
Saiz baka ini adalah sederhana besar dengan berat purata diantara 2.5kg ke 3 kg dan ada juga yang mampu mencapai 4kg. baka ini dikatakan berasal dari Perancis sekitar tahun 1919. Ia terhasil apabila berlaku mutasi di dalam gene rex.

Ciri- ciri utama
  1. Mempunyai bulu yang lembut seperti baldu dengan panjang sekitar 1.3 ke 2 sentimeter.
  2.  Bulu rex tumbuh dari arah kanan ke permukaan badan dalam erti kata lain ia tumbuh menegak tidak seperti aranab lain yang tumbuh melintang mendatar.
  3.  Bulu guard hair adalah sama panjang dengan bulu undercoat. Ini yang membuat bulu arnab baka rex kelihatan tebal dan padat.
  4. Baka rex mempunyai pelbagai jenis warna. Diantaranya hitam, REW, merah, oren, coklat, broken marked dan otter. 
  5.   Badan baka ini bulat dengan kepala yang sekata dengan bentuk badan, mempunyai telinga yang menegak keatas.
  6. Betina akan mempunyai ‘dewlap” dan saiz badan yang lebih besar dari pejantan
Baka ini mudah dipelihara kerana sifat semulajadinya yang tenang dan jinak. Meskipun personaliti dan kelakuan dibuat atas dasar genetic dan juga sifat sosial sesuatu baka, bolehlah dikatakan bahawa baka ini amat mudah untuk bergaul dengan manusia dan haiwan peliharaan lain. Baka ini mempunyai sifat keibuaan yang baik dan amat sesuai dijadikan sebagai ibu tumpang kepada baka lain. Tahap aktiviti baka ini boleh diklasifikasikan sebagai pertengahan. Mereka akan berehat pada waktu tengahari dan akan aktif pada waktu petang dan awal pagi. Mereka sangat suka bermain dan mudah diuruskan. Mereka juga suka dipegang, dimanja dan dibelai. Baka ini juga dikatakan sebagai diantara baka yang paling bijak diantara baka-baka arnab yang lain. Mereka mudah dilatih menggunakan tandas.

Contoh-contoh warna


Read more...

Search This Blog

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP